“Di Manakah Borang EA Saya?” adalah soalan biasa yang sering diajukan oleh ramai pekerja sepanjang bulan Februari. Jika anda pernah bertanya soalan ini, anda tidak keseorangan. Setiap tahun, ribuan pekerja di Malaysia berada dalam keadaan kelam-kabut untuk mendapatkan dokumen penting ini sebelum tarikh akhir cukai menjelang. Apa yang mengejutkan, masih ramai pekerja tidak benar-benar memahami apa sebenarnya Borang EA, apatah lagi akibat buruk yang boleh timbul jika dokumen penting ini tidak diperoleh atau diuruskan dengan baik.
Sama ada anda seorang pekerja yang sedang menunggu Borang EA daripada majikan atau seorang majikan yang masih keliru tentang bila dan bagaimana cara untuk mengeluarkan dokumen ini, panduan ini adalah sumber lengkap untuk membantu anda memahami, mengurus, dan menggunakan Borang EA dengan betul. Jom kita huraikan satu persatu.
Apa Itu Borang EA?
Borang EA adalah penyata pendapatan tahunan rasmi yang dikeluarkan oleh majikan anda. Dokumen ini merangkumi butiran pendapatan, faedah, dan potongan untuk tahun kalendar tertentu. Borang EA biasanya mengandungi:
- Gaji kasar
- Elaun (seperti elaun perjalanan, makan, dan lain-lain)
- Bonus dan komisen
- Faedah dalam bentuk barangan (contohnya, kereta syarikat atau tempat tinggal)
- Caruman kepada KWSP, SOCSO, dan EIS
- Potongan cukai bulanan (PCB/MTD)
Bagaimana Untuk Menghantar Borang EA
Dokumen ini perlu dihantar kepada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) sebagai sebahagian daripada pengisytiharan cukai pendapatan peribadi anda.
Garis Masa Borang EA pada Tahun 2025
Berikut adalah gambaran ringkas mengenai garis masa berkaitan Borang EA untuk Tahun Taksiran 2024 (Pemfailan pada 2025):
Aktiviti | Tarikh |
Pengeluaran Borang EA | 28 Februari 2025 |
Tarikh Akhir e-Filing (Borang BE – pekerja bergaji) | 30 April 2025 |
Tarikh Akhir e-Filing (Borang B – hasil pendapatan perniagaan) | 30 Jun 2025 |
Secara kebiasaannya, tarikh-tarikh ini kekal konsisten setiap tahun melainkan terdapat pengumuman yang dikemas kini oleh LHDN.
Oleh itu, bagi tahun-tahun berikutnya, tarikh-tarikh yang dijangka kekal konsisten adalah seperti berikut:
- Borang EA: Sebelum akhir Februari
- Pemfailan e-Filing pekerja bergaji: Akhir April
- Pemfailan e-Filing bagi Individu yang menjalankan perniagaan : Akhir Jun
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk sentiasa menyemak laman web rasmi LHDN setiap tahun bagi memastikan anda mendapat maklumat terkini mengenai sebarang perubahan atau lanjutan tarikh akhir yang mungkin akan diumumkan pada saat akhir.
Jika majikan anda lewat atau gagal mengeluarkan Borang EA, e-Filing anda berkemungkinan akan menjadi tidak lengkap atau tidak tepat—ini boleh menyebabkan semakan audit, penalti, atau kehilangan peluang untuk mendapatkan pemulangan cukai.
Siapa Yang Memerlukan Borang EA?
Jika anda bekerja, sama ada secara sepenuh masa, separuh masa, kontrak, ataupun telah berhenti kerja di pertengahan tahun, anda seharusnya menerima Borang EA daripada majikan anda. Majikan mempunyai kewajipan untuk menyediakan borang ini kepada setiap pekerja yang memperoleh pendapatan melebihi had pengecualian cukai, walaupun pekerja tersebut hanya bekerja selama satu bulan sahaja.
Bagi majikan, pengeluaran Borang EA bukanlah sekadar pilihan tetapi kewajipan yang ditetapkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Kegagalan untuk mematuhi peraturan ini boleh membawa kepada:
- Denda antara RM200 hingga RM20,000
- Hukuman penjara sehingga 6 bulan
- Kemerosotan reputasi dan perhatian lebih mendalam daripada pihak LHDN.
Cara Membaca Borang EA
Berikut adalah panduan ringkas tentang apa yang perlu diberi perhatian:
Bahagian | Kandungan |
A | Gaji kasar, bonus, dan pendapatan lain |
B | Jumlah potongan (KWSP, PERKESO, PCB) |
C & D | Pelepasan cukai & elaun |
E | Bilangan bulan bekerja dalam tahun tersebut |
F | Pengesahan majikan dan cop syarikat |
Pastikan anda membandingkan Borang EA anda dengan slip gaji atau portal layan diri Info-Tech untuk memastikan semua maklumat adalah tepat. Jika anda perasan sebarang kesilapan, laporkan dengan segera.
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Tidak Menerima Borang EA?
Masalah tidak menerima Borang EA daripada majikan adalah sesuatu yang biasa berlaku dan boleh menjadi perkara yang sangat mengecewakan bagi pekerja. Jika majikan anda gagal mengeluarkan Borang EA, berikut adalah langkah yang boleh anda ambil:
- Minta daripada majikan secara rasmi melalui e-mel atau surat.
- Sekiranya tiada tindakan yang selanjutnya, bawa perkara ini kepada perhatian bahagian Sumber Manusia (HR) atau pihak pengurusan.
- Jika permintaan anda terus diabaikan, laporkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
- Sebagai pekerja, anda berhak menerima Borang EA. Ini adalah hak anda; dan tanpa serbarang kompromi.
Untuk majikan, penggunaan platform seperti Perisian Sistem gaji berasaskan Awan dari Info-Tech boleh menjadi solusi yang efektif dalam mengelakkan masalah berkaitan pengeluaran Borang EA. Platform ini mampu menjana Borang EA secara automatik dalam format yang mematuhi piawaian LHDN, sekaligus memastikan kepatuhan kepada Akta Cukat Pendapatan. Selain itu, perisian ini juga boleh menyimpan salinan Borang EA secara digital.
Bagaimana Info-Tech Memudahkan Pengurusan Borang Cukai
Menguruskan proses penggajian secara manual boleh membawa risiko yang tinggi, terutamanya apabila berhadapan dengan tarikh akhir cukai yang ketat.
Sistem Info-Tech menawarkan:
- Penjanaan Borang EA secara automatik untuk setiap pekerja
- Format yang mematuhi keperluan piawaian LHDN (CP8A)
- Akses terus oleh pekerja melalui aplikasi mudah alih atau portal laman web
- Integrasi sepenuhnya dengan penghantaran Borang E
Tiada lagi cetakan kertas, tiada lagi penghantaran e-mel yang berlebihan, dan tiada lagi kesilapan— Segala-galanya dipermudahkan supaya pemastian patuhan dapat dicapai dengan cepat, mudah, dan cekap.
Kesilapan yang Biasa Dilakukan oleh Majikan
Walaupun Borang EA dihantar tepat pada waktunya, kesilapan tetap boleh berlaku dan menjejaskan ketepatan laporan cukai. Antara punca utama masalah ini termasuk:
- Data gaji kasar yang tidak tepat (kegagalan memasukkan bonus atau elaun tambahan yang perlu dilaporkan).
- Manfaat pekerja sering kali tidak dilaporkan atau direkodkan
- Bulan bekerja pekerja sambilan yang tidak direkodkan dengan betul
- Pengiraan angka KWSP atau PCB yang tidak tepat
Peringatan Akhir untuk Majikan
Sebagai majikan, anda perlu:
- Menyediakan Borang EA sebelum bulan Mac bermula
- Memastikan semua maklumat adalah tepat dengan menggunakan sistem penggajian automatik
- Menghantar borang kepada pekerja, merekodkan dan menjejaki dokumen dengan betul
- Menghubungkan proses penyediaan Borang EA dengan penghantaran Borang E pada bulan Mac
Dengan Info-Tech, semua ini dapat dilakukan dengan lebih mudah dan efisien.
Senarai Semak 2025
Tugas | Tarikh Akhir |
Jana Borang EA | Sebelum 28 Februari |
Edarkan kepada semua pekerja | Sebelum 28 Februari* |
Pekerja lengkapkan e-Filing | 30 April / 30 Jun |
Tarikh akhir ini adalah untuk tahun 2025. Sila semak dengan LHDN untuk mendapatkan pengemaskinian terkini mengenai tarikh akhir tahunan, kerana ia berkemungkinan akan berubah.
Jika anda masih mengendalikan proses ini secara manual, sekarang adalah masa yang tepat untuk beralih. Platform penggajian Info-Tech mematuhi piawaian LHDN, mudah digunakan, dan selamat.
Sedia untuk menjadikan proses penggajian dan pemfailan cukai lebih lancar tanpa tekanan?
Terokai Sistem HR & Penggajian kami hari ini. Hubungi kami sekarang untuk percubaan demo secara percuma!