Info Tech Systems Integrators (M) Sdn Bhd Refer & Earn Program
Tarikh Kemaskini: 29 September 2026
- Individu yang merupakan pekerja pelanggan Info-Tech yang mempunyai langganan yang aktif (“Perujuk”) boleh merujuk pelanggan berpotensi dengan mengisikan borang rujukan yang tersedia di laman web Info-Tech atau aplikasi mudah alih Info-Tech HRMS, atau dengan menghantar minat mereka melalui e-mel terus kepada pasukan pemasaran Info-Tech di [email protected].
- Rujukan tersebut tidak boleh merupakan klien sedia ada Info-Tech atau telah menjalankan perbincangan dengan Info-Tech dalam tempoh 30 hari dari tarikh penyerahan borang rujukan.
- Program ini hanya sah untuk perniagaan yang beroperasi di Malaysia. Walau bagaimanapun, Info-Tech boleh mempertimbangkan rujukan dari negara lain, atas dasar kes demi kes mengikut budi bicara Info-Tech. Jika Info-Tech menerima rujukan untuk syarikat yang beroperasi di luar Malaysia, Info-Tech boleh menyerahkannya kepada entiti Info-Tech yang berkaitan yang beroperasi di rantau tersebut. Dalam kes sedemikian, komisen rujukan akan diuruskan dan dibayar oleh entiti tempatan tersebut, tertakluk kepada terma-terma dan undang-undang tempatan yang berkenaan.
- Bagi tujuan program Rujuk dan Jana Pendapatan ini, rujukan akan dianggap tidak sah jika Perujuk:
- Memegang sebarang kepentingan pemilikan, jawatan pengarah, perkongsian, pekerjaan, perundingan, atau peranan penasihat dalam entiti yang dirujuk;
- Mempunyai kuasa, secara langsung atau tidak langsung, untuk membuat, meluluskan, atau mempengaruhi keputusan pembelian, pengkontrakan, atau penggabungan dalam entiti yang dirujuk;
- Berada dalam kedudukan untuk mengesyorkan, mencadangkan, menyokong, atau mempengaruhi pengurusan atau pembuat keputusan entiti yang dirujuk berkaitan dengan penglibatan produk atau perkhidmatan;
- Bertindak sebagai perantara, ejen, pekerja, atau wakil entiti yang dirujuk dalam sebarang kapasiti berkaitan dengan transaksi; atau
- Menyalahguna program rujuk dan jana pendapatan ini termasuk tetapi tidak terhad kepada rujukan diri sendiri, penciptaan akaun palsu atau pendua, penyerahan maklumat palsu atau mengelirukan, atau sebarang tindakan yang bertujuan untuk memanipulasi atau mendapat manfaat secara tidak adil daripada program ini.
- Rujukan tersebut hanya sah selama 180 hari dari tarikh borang rujukan diserahkan kepada Info-Tech. Jika pembayaran langganan penuh belum dibuat kepada Info-Tech dalam tempoh 180 hari dari tarikh penyerahan borang rujukan awal, rujukan tersebut akan dianggap tidak sah.
- Setelah pembayaran penuh oleh rujukan yang sah, Perujuk akan menerima "Ganjaran" sebanyak 10% komisen daripada jumlah langganan perisian dan fi latihan yang dibayar oleh perniagaan yang dirujuk oleh Perujuk. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, SST atau cukai yang dikenakan oleh pihak kerajaan akan dikecualikan daripada pengiraan Ganjaran. Bayaran Ganjaran tersebut akan dibuat sebelum akhir bulan berikutnya.
- Ganjaran akan diberikan dan dipindahkan ke akaun bank Perujuk.
- Perujuk mesti mengemukakan semua dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Info-Tech dan hendaklah mematuhi semua undang-undang termasuk undang-undang dan peraturan berkaitan pencegahan pengubahan wang haram. Info-Tech berhak untuk menggantung atau menahan sebarang pembayaran Ganjaran sekiranya Info-Tech mempunyai alasan munasabah untuk mengesyaki berlakunya pengubahan wang haram atau aktiviti jenayah lain.
- Perujuk akan dimaklumkan tentang Ganjaran melalui e-mel atau saluran komunikasi lain yang disediakan.
- Apabila Perujuk mengemukakan sebarang rujukan, anda mengesahkan bahawa entiti yang dirujuk telah bersetuju untuk dihubungi oleh Info-Tech dan semua persetujuan yang diperlukan telah diperoleh oleh anda bagi semua data peribadi yang terlibat. Anda juga bersetuju dengan polisi perlindungan data peribadi yang boleh dijumpai di https://www.info-tech.com.my/data-protection-policy. Dengan mengemukakan sebarang Rujukan, anda juga bersetuju dan memberi persetujuan kepada Info-Tech untuk mengumpul, menggunakan, mendedahkan, dan memproses data peribadi anda termasuk tetapi tidak terhad kepada nama anda, nombor pengenalan anda, nombor telefon, e-mel, butiran kewangan anda, dan mana-mana data peribadi yang lain atau dokumen-dokumen yang lain yang anda perlu memberikan kepada Info-Tech untuk tujuan mematuhi terma-terma program rujuk dan dapatkan ganjaran ini.
- Jika rujukan membatalkan dan meminta bayaran balik, Info-Tech boleh menyesuaikan, menahan, atau menuntut semula Ganjaran.
- Perujuk adalah bertanggungjawab ke atas sebarang cukai yang berkenaan berkaitan dengan Ganjaran.
- Sekiranya terdapat berbilang rujukan untuk perniagaan yang sama, rujukan sah pertama yang diserahkan akan layak mendapat Ganjaran.
- Penyertaan dalam program rujuk dan jana pendapatan ini tidak mewujudkan sebarang hubungan perkongsian, pekerjaan, atau agensi dengan Info-Tech.
- Perujuk tidak layak untuk menerima Ganjaran atau komisen bagi produk atau perkhidmatan yang ditawarkan pada kadar diskaun atau kadar promosi.
Dengan menyertai Program Rujuk & Jana Pendapatan, Perujuk bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat ini. Terma Program Rujuk & Jana Pendapatan ini dikeluarkan dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Melayu. Sekiranya terdapat sebarang ketidaksesuaian atau percanggahan antara kedua-dua versi, versi Inggeris akan diutamakan. Undang-undang Malaysia hendaklah terpakai. Info-Tech boleh mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa dan anda bersetuju bahawa anda akan terikat dengan semua pindaan dan perubahan terma-terma ini. Info-Tech juga berhak untuk menolak sebarang rujukan atau menahan Ganjaran atas sebarang sebab, tanpa kewajipan untuk memberikan penjelasan. Semua keputusan yang dibuat oleh Info-Tech adalah muktamad.