Sistem Pengecaman Biometrik Cap Jari dan Wajah

Sistem ini memudahkan proses merekod masuk dan keluar kehadiran pekerja dengan menggunakan system pengecaman cap jari atau wajah. Data biometrik diselaraskan secara automatik dengan perisian HRMS kami untuk pengiraan jam kerja atau kerja lebih masa yang lebih tepat. Digunakan oleh pelbagai jenis perniagaan, sistem ini terbukti berkesan dengan lebih daripada 10,000 implementasi setakat ini.

17+
Pengalaman
23,000+
Pelanggan HRMS
500+
Kakitangan
850K+
Pengguna Aktif HRMS
google review
capterra review
g2 review
Biometric Software

Ciri-Ciri Biometrik - Cap Jari dan Pengecaman Wajah

Pengesahan Pantas dalam Beberapa Saat

Pekerja mendaftar masuk hanya dengan imbasan cap jari atau wajah mereka. Proses ini hanya mengambil masa beberapa saat, dan sistem akan merekodkan kehadiran secara automatik

Sistem Penyimpanan Data Cap Jari

Sistem biometrik membolehkan setiap individu menyimpan sehingga tiga cap jari, memberikan fleksibiliti terutamanya jika salah satu jari mengalami kecederaan.

Sensor Optik Berketepatan Tinggi

Sistem ini menggunakan sensor optik berkelajuan tinggi untuk membaca dan mengenal pasti cap jari dengan tepat. Ia berfungsi dengan baik walaupun jari dalam keadaan kering, basah, bengkak, atau berluka.

Sistem Pembacaan Kad Proximity

Bagi pekerja yang menghadapi cabaran menggunakan cap jari, sistem ini memberikan alternatif seperti penggunaan Kad Proximity atau nombor PIN.

Pembaca Biometrik
Jenis Verifikasi:
biometric comparison BioFinger IV Bio Access II iFace VI
Pengimbas Wajah close close close
Cap Jari check check check
Kata Laluan check check check
Kad (RFID) check check check
Device Capacity
Kapasiti Wajah close close 1500
Kapasiti Kad 10,000 5,000 3,000
Kapasiti Cap Jari 3,000 3,000 3,000
Simpanan Transaksi 100,000 30,000 200,000
Komunikasi Rangkaian
WIFI check check check
Kabel LAN check check check
Spesifikasi Lain
Pengesanan Suhu & Masker close close close
Masa Verifikasi <=2s <=2s <=2s
Kelajuan Pengecaman Wajah close close ≤1s
Dimensi 212(W) x 159(H) x 48(D) (mm) 78(W) x 158(H) x 19(D) (mm) 185(L) x 58.5(W) x 20(D) (mm)
Berat 505g 200g 450g
Paparan 3 inches TFT Screen 2.4-inch TFT Screen and Touch keys 2.4-inch Touch Screen
Sistem Operasi Linux Linux Linux
Bekalan Kuasa 12V 3A 12V 3A 12V 3A
Suhu Operasi 0°C - 45°C 0°C - 45°C -5°C - 45°C
Kelembapan 20% - 80% 20% - 80% 10% - 90%


Integrasi sistem Biometrik dengan Perisian HRMS

Integrasi sistem biometrik seperti sistem pengecaman wajah, mesin cap jari, dan aplikasi mudah alih HRMS membolehkan semua rekod kehadiran pekerja diselaraskan terus ke dalam sistem HR. Sistem ini secara automatik mengira waktu kerja, waktu kerja lebih masa, serta waktu kelewatan pekerja sebelum data tersebut dipindahkan ke system gaji untuk pemprosesan gaji..

Melalui aplikasi mudah alih, pekerja boleh menanda kehadiran, memohon cuti, menghantar tuntutan perbelanjaan, mengakses slip gaji dan Borang EA, serta polisi syarikat terkini—semuanya dari satu platform.

Selain itu, modul Penilaian E-Appraisal memudahkan pengurus untuk berkongsi penilaian prestasi pekerja terus daripada sistem HR.

Kelebihan Sistem Cap Jari & Pengecaman Wajah Biometrik

Mudah diintegrasikan dengan perisian HRMS dan sistem gaji untuk rekod kehadiran, kelewatan, dan kerja lebih masa pekerja.

Sensor cap jari optik berkualiti tinggi dengan ketepatan imej yang jelas.

Akses yang tepat, pantas, selamat, dan terjamin.

Mudah digunakan tanpa memerlukan latihan.

Kos penyelenggaraan yang rendah.

Dipercayai Oleh Pelanggan dari Pelbagai Industri

Pembinaan
Maritim
Kejuruteraan
Pembuatan
Makanan & Minuman
Dan banyak lagi!

Sistem Cap Jari Biometrik & Pengecaman Wajah (Soalan Lazim)

Ya, mesin cap jari disambungkan kepada sistem kehadiran. Mesin cap jari digunakan oleh pekerja untuk merekod masuk dan keluar kehadiran mereka, manakala sistem kehadiran digunakan oleh pengurus, penyelia, dan pentadbir untuk menyusun jadual kerja, menetapkan masa kerja dan masa rehat, serta memantau data kehadiran.

Sistem ini boleh menyimpan sehingga 2000 cap jari.

Data kehadiran dari mesin cap jari perlu disambungkan kepada Sistem Kehadiran Pekerja terlebih dahulu sebelum ia boleh dihubungkan dengan Sistem Gaji.

Cap jari pekerja perlu dipadam terus pada mesin cap jari.

Selain sistem pengecaman wajah, Info-Tech turut menawarkan sistem HRMS, sistem gaji, sistem penjejakan pemohon (ATS), modul e-invois, sistem cuti, dan sistem perakaunan. Semua perisian ini boleh diintegrasikan untuk melancarkan operasi perniagaan anda.