Kenapa Info-Tech?
Kami memudahkan urusan perniagaan anda.

17+
Tahun dalam Industri
23,000+
Pelanggan HRMS
500+
Kakitangan Berdedikasi
850K+
Pengguna Aktif HRMS
Temui pemimpin-pemimpin kami
peter lee
Peter Lee
Pengerusi

Seorang pemimpin yang berjaya dalam industri teknologi, Peter - pengasas Info-Tech kami, bertujuan untuk mengoptimumkan perniagaan melalui penyelesaian HRMS.

Read more
babu dilip
Babu Dilip
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)

Pemimpin berwawasan di sebalik Info-Tech - Encik Babu telah membantu mengubah syarikat daripada pasukan lima orang kepada sebuah inovator penyelesaian yang memenangi anugerah dan kini melayani lebih daripada 30,000 pelanggan.

Read more
torrance yeoh
Torrance Yeoh
Ketua Pegawai Operasi (COO)

COO kami, Torrance, adalah penggerak utama di sebalik Info-Tech dalam memastikan kelancaran operasi syarikat, pertumbuhan, dan pencapaian matlamat perniagaan.

Read more
dinesh
Dinesh Kamal Somanchi
Ketua Pegawai Teknologi (CTO)

Dengan kepakaran teknikal yang luas, Dinesh memainkan peranan penting dalam memajukan perjalanan pembangunan produk di Info-Tech.

Read more
Kisah Kami

Pada tahun 2007, Info-Tech telah diasaskan bersama oleh Encik Peter Lee dan Encik Babu Dilip. Sebagai sebuah syarikat teknologi global generasi baharu, Info-Tech membantu perniagaan dari pelbagai industri dan saiz untuk mendigitalkan operasi HR dan keperluan Perakaunan mereka dengan menyediakan penyelesaian SaaS berasaskan awan yang mesra pengguna, sekaligus meningkatkan produktiviti ke tahap yang lebih tinggi.

Bermula dengan Sistem HR berasaskan Window, syarikat itu kemudian berkembang dalam reputasinya dan pangkalan pelanggan. Apabila ekonomi berubah ke hadapan, kami melihat peluang untuk berkembang dari Sistem berasaskan Window ke Sistem Pengurusan Sumber (HRMS) berasaskan awan yang telah berjaya dilancarkan di Singapura pada tahun 2014. Info-Tech meneruskan pengembangannya dan menjejakkan kaki ke Malaysia, India, Hong Kong dan Australia.

Pada tahun 2021, Info-Tech menyediakan perkhidmatan kepada lebih 23,000 1pelanggan, menguruskan lebih daripada 850K+ senarai gaji pekerja, dan mempunyai pasukan pakar lebih daripada 500 pekerja.

About Us
Apa Yang Kita Lakukan

Kami membantu memudahkan urusan perniagaan menyediakan penyelesaian semua dalam satu untuk menguruskan perkara sumber manusia dan juga perakaunan.

Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMS) kami menyediakan penyelesaian lengkap yang merangkumi pengesahan pengecaman wajah masa nyata, Aplikasi Kehadiran Mudah Alih, Sistem Pengurusan Kehadiran, Sistem Penggajian, Sistem Pengurusan Cuti, Sistem Pengurusan Tuntutan, Sistem Pengurusan Kos Projek dan Sistem Penilaian Prestasi.

Apa yang kami lakukan adalah berdasar nilai Info-Tech ini.
Mengutamakan Pelanggan

Kami percaya dalam pelaksanaan perkhidmatan kelas pertama untuk pelanggan kami serta sokongan yang diperibadikan, cepat dan mudah.

Pengalaman Pengguna

Setiap fungsi direka dengan teliti dan memastikan kemudahan penggunaan. Sistem kami bertujuan untuk menyediakan pengalaman terbaik dan kami melakukannya dengan memastikan keperluan pelanggan kami dipenuhi dalam cara paling mudah.

Kawalan Keselamatan

Keselamatan merupakan keutamaan kami, inilah perbezaan kami dengan yang lain. Kami diperakui dengan standard keselamatan tahap tertinggi dan kami juga mempunyai pasukan keselamatan siber yang berdedikasi

Ikuti lawatan maya ke pejabat kami di Malaysia
Lihat pejabat kami di lokasi lain

Pejabat Singapore

Pejabat Operasi Serantau Info-Tech
Pasukan yang berdedikasi - yang terdiri daripada Pengurus Pembangunan Perniagaan, Pakar Sokongan dan Pelaksanaan Sistem, Pasukan Teknikal, Pasukan Produk dan lain-lain untuk memacu transformasi digital yang berterusan.

Pejabat Hong Kong

Pejabat Operasi Serantau Info-Tech
Pasukan yang berdedikasi - terdiri daripada Pengurus Pembangunan Perniagaan, Pakar Sokongan dan Pelaksanaan Sistem, Pasukan Teknikal, Pasukan Produk dan lain-lain untuk memacu transformasi digital yang berterusan.

Pejabat India

Pusat Pembangunan & Sokongan Pelanggan Info-Teknologi
Terdiri daripada lebih 250 Jurutera Perisian yang berpengalaman dan berdedikasi - yang terdiri daripada Pembangun Web dan Aplikasi Mudah Alih, Pakar Keselamatan Siber dan Pakar Sokongan Pelanggan & Jurutera Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)