KWSP Akaun 3: Panduan Terkini 2025 untuk Pekerja Malaysia

KWSP Akaun 3

Dalam usaha memenuhi permintaan rakyat Malaysia yang memerlukan fleksibiliti kewangan, KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel. Akaun ini, yang dikenali sebagai Akaun 3, dirancang khas untuk memberi ahli akses kepada sebahagian simpanan KWSP mereka sebelum usia persaraan.  

Apa Sebenarnya Akaun 3 KWSP? 

Akaun 3 KWSP adalah satu dari tiga jenis akaun utama dalam struktur baru KWSP, selain Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera. Ia menawarkan simpanan jangka pendek yang boleh dikeluarkan untuk pelbagai keperluan sebelum persaraan. 

  1. Akaun Persaraan (Akaun 1): Untuk kegunaan simpanan persaraan masa depan. 
  1. Akaun Sejahtera (Akaun 2): Untuk tujuan tertentu seperti pembelian rumah, perubatan, atau pendidikan. 
  1. Akaun Fleksibel (Akaun 3): Membolehkan ahli KWSP mengeluarkan simpanan jangka pendek untuk keperluan peribadi sebelum persaraan. 

Kenapa KWSP Memperkenalkan Akaun Fleksibel? 

KWSP telah mendengar keluhan ahli yang sering memerlukan dana segera untuk tujuan yang mendesak. Antaranya termasuklah: 

  1. Pendidikan: Kos yuran universiti, buku teks, dan perbelanjaan pendidikan. 
  1. Kos Perubatan: Bil hospital, rawatan atau ubat yang tidak dijangka. 
  1. Pembaikan Rumah: Selesaikan kerosakan rumah yang memerlukan perhatian segera seperti kebocoran bumbung atau masalah elektrik. 
  1. Tunai untuk Aliran Harian: Menampung perbelanjaan bulanan apabila berdepan situasi kewangan yang ketat. 

Dengan Akaun Fleksibel, rakyat Malaysia tidak perlu menggunakan simpanan persaraan sepenuhnya untuk menangani masalah-masalah ini. Sebaliknya, KWSP memperuntukkan 10% daripada caruman bulanan baru ke dalam akaun ini sebagai ‘buffer’ untuk keperluan kecemasan. 

Syarat Kelayakan untuk Mengeluarkan Duit Akaun Fleksibel 

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk membolehkan pengeluaran dari Akaun Fleksibel: 

  1. Had Umur – Belum Capai 55 Tahun

Akaun Fleksibel disediakan untuk keperluan sebelum persaraan. Bagi yang sudah mencapai 55 tahun, terdapat pilihan pengeluaran lain yang lebih sesuai. 

  1. Ada Simpanan Dalam Akaun Fleksibel

Ahli perlu memiliki simpanan dalam Akaun Fleksibel, yang terkumpul daripada 10% caruman bulanan baru. Jika tidak ada simpanan, maka tiada dana yang boleh dikeluarkan. 

  1. Amaun Minimum Pengeluaran – RM50

KWSP menetapkan RM50 sebagai jumlah minimum pengeluaran. Jika mahu keluarkan amaun kurang daripada itu, permohonan tidak akan diproses. 

  1. Warganegara/Bukan Warganegara

Semua ahli KWSP, tanpa mengira status kewarganegaraan, boleh memohon pengeluaran Akaun Fleksibel. Bagi bukan warganegara, proses pengeluaran mungkin perlu dilakukan secara manual di kaunter KWSP. 

Jadual Ringkas Kelayakan Pengeluaran 

Kategori Ahli  Syarat Umur  Syarat Akaun  Amaun Min Pengeluaran  Catatan 
Warganegara Malaysia  Belum capai 55 tahun  Ada simpanan dalam Akaun 3  RM50  Mohon secara online atau manual 
Bukan Warganegara  Belum capai 55 tahun  Ada simpanan dalam Akaun 3  RM50  Permohonan manual di kaunter KWSP 

 

Langkah Penting Sebelum Mohon Pengeluaran 

  1. Akaun Bank Aktif

Sebelum membuat permohonan pengeluaran, pastikan bahawa akaun bank anda aktif dan boleh menerima dana. Selain itu, akaun bank yang digunakan mestilah atas nama peribadi ahli sendiri. Walau bagaimanapun, akaun syarikat atau akaun bersama (joint account) tidak layak diterima bagi tujuan ini. 

Jika Tiada Akaun Bank 

Jika anda belum mempunyai akaun bank, disarankan untuk membuka akaun baru.  

  1. Tiada Dokumen Sokongan Diperlukan

KWSP tidak memerlukan sebarang dokumen tambahan untuk pengeluaran dari Akaun Fleksibel. Anda hanya perlu memastikan nombor akaun bank yang didaftarkan adalah betul dan aktif. 

Cara Memohon Pengeluaran Akaun Fleksibel 

KWSP menyediakan dua cara untuk memudahkan permohonan pengeluaran: 

  1. Permohonan Secara Online

Anda boleh menggunakan: 

  1. Aplikasi KWSP i-Akaun
  • Muat turun aplikasi KWSP i-Akaun dari Google Play atau Apple App Store. 
  • Log masuk, pilih menu “Pengeluaran”, dan ikut arahan yang diberikan. 
  1. Portal i-Akaun (Ahli)
  • Layari laman rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my. 
  • Log masuk dan lakukan permohonan melalui portal. 

KWSP telah memperkenalkan ciri i-Akaun Secure pada 6 Januari 2025. Semua transaksi online perlu dilakukan melalui sistem keselamatan ini untuk mengelakkan penipuan dan memastikan keselamatan dana anda. 

  1. Permohonan Secara Manual di Kaunter KWSP
  • Bagi yang mengutamakan urusan secara face-to-face, anda boleh membuat permohonan di kaunter KWSP: 
  • Pergi ke cawangan KWSP berhampiran dan maklumkan kepada staf KWSP tentang pengeluaran Akaun Fleksibel anda. 
  • Proses ini mudah dan staf KWSP akan membantu anda sepanjang proses permohonan. 

Jadual Perbandingan Cara Mohon 

Kaedah Mohon  Platform  Dokumen Diperlukan  Kelebihan 
Online (Cepat & Mudah)  Aplikasi/Portal KWSP  Tiada  Cepat & Mudah, boleh dibuat di mana-mana saja 
Manual (Bersemuka)  Pejabat KWSP  Tiada  Ada bimbingan langsung dari pegawai KWSP 

 

Fikir Masak-Masak Sebelum Keluarkan Duit !!! 

Walaupun Akaun Fleksibel memberikan kemudahan akses kepada dana, penting untuk menggunakan wang tersebut secara berhemah. Pertimbangkan: 

  • Adakah Saya Betul-Betul Perlukan Duit Sekarang? 
  • Rancang Kewangan: Fikirkan kesan jangka panjang kepada simpanan persaraan. 

Akaun Fleksibel adalah penyelamat ketika keperluan mendesak namun harus digunakan bijak untuk kepentingan masa depan. 

 Berapa lamakah masa pemprosesan Pemindahan Dana? 

Selepas permohonan diluluskan oleh KWSP, wang akan dikreditkan terus ke akaun bank dalam tempoh 7 hari bekerja. Hari bekerja merujuk kepada Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk cuti umum. Jadi sabarlah sikit jika tertangguh. 

Maklumat Terkini – Sentiasa ‘Up-to-Date’ 

Untuk mengelakkan informasi tidak sahih, sentiasa rujuk sumber rasmi berikut: 

  1. Laman Web KWSP: Layari www.kwsp.gov.my. 
  1. Aplikasi i-Akaun: Dapatkan info terkini terus ke telefon anda. 
  1. Media Sosial Rasmi KWSP: Ikuti akaun Facebook, Twitter, dan Instagram KWSP. 

Akaun Fleksibel: Peluang Bijak untuk Keperluan Kewangan Anda! 

KWSP Akaun Fleksibel adalah penyelesaian yang bijak untuk menghadapi keperluan kewangan mendesak tanpa menjejaskan simpanan persaraan. Dengan kemudahan akses dan caruman penting, ia sesuai untuk anda yang memerlukan dana sementara tanpa mengabaikan matlamat jangka panjang. 

Gunakan kemudahan ini dengan bijak dan berhemah agar anda dapat menikmati manfaat yang terbaik daripada apa yang ditawarkan 

Untuk memastikan anda sentiasa mendapat maklumat yang tepat dan terkini, pastikan anda merujuk sumber rasmi KWSP bagi sebarang perubahan atau perkembangan terkini. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *